top of page
Search

Taman Ular Dan Reptilia Negeri Perlis

  • Writer: Tengku Aiman
    Tengku Aiman
  • Apr 20, 2020
  • 3 min read

Assalammualaikum semua. terima kasih sebab sudi baca tentang Taman Ular Dan Reptilia Negeri Perlis. mengikut maklumat di dalam encik google, dia kata Taman Ular di negeri Perlis ialah taman ular paling besar di Asia. ya memang betul pon apa encik google kata sebab memang luas sangat-sangat taman ular ni. so kepada pencinta flora dan fauna boleh la datang ke sini. kalau hampa geli dengan ular pon ada macam-macam haiwan lagi dalam ni. dah macam mini zoo pulak hehe. taman ular ni telah menempatkan pelbagai jenis ular seperti ular tedung selar, ular tikus biasa, ular sawa burma, ular king cobra dan sebagainya. hari itu kami dapat melihat ular king cobra terbesar di Malaysia. kami terkejut sebab memang besar gila. warna dia kekuningan macam nak warna emas. cuma kami x ambik gambar ular tu maaf. so maknanya apa? hampa kena mai la sini kalau nak tengok ular king cobra tu hehe.


haa kalau hampa p sana, hampa akan berpeluang untuk bergambar dengan ular sawa batik ni haa. hampa bayangankan la betapa gelinya aku nak dukung binatang ni hahah. tengok muka aq dah la haha. depa bagi ular ni nama dia Mico. dah macam vico dah haha. ular ni x berbahaya selagi dia kenyang hehe. badan dia lembut ja tapi tulang dia hampa boleh rasa betapa kuatnya haha. best sebenarnya bila kita lawan ketakutan kita untuk mencabar diri kita. lagi pun bila lagi kan nak bergambar dengan ular? mai sini ja la boleh.

.

.

.


haa ni la yang dikatakan taman ular ni bukan sekadar mempamerkan pelbagai spesis ular, taman ular ni juga mempamerkan pelbagai jenis haiwan lain. sebagai contohlah, ada arnab putih gebu, ada burung unta, ada rusa, ada buaya darat hehe, ada ikan koi dan sebagainya. gambar ni kami ada di luar muzium ular. so bahagian luar dia mempamerkan ular-ular lain dan haiwan-haiwan lain. kalau nak tanya bagaimana rupa haiwan-haiwan yang ada di sana, sila start kereta and mai sini nah hehe. gambar ni hanya sekadar hiasan. tapi seronok p sana, bukan setakat sejenis haiwan ja ada sana, macam-macam ada.


ok seterusnya saya akan ceritakan bagaimana rasa apabila sampai dekat Taman Bunga Matahari yang ada di dalam Taman Ular Dan Reptilia Perlis ni. Btw ni ialah tarikan baharu yang ada kat taman ular ni. kalau hampa sampai ja kat taman ular, hampa akan nampak papan tanda yang comei ni kat dalam taman ular ni. x silap saya la, kat thailand pon ada ja taman bunga matahari ni tapi maybe hampa x berduit sangat, boleh la merasai dikelilingi dengan bunga matahari kat sini. tapi sama cantik ja dengan kat thailand tu. so berbaloi la kalau mai sini hehe.

btw sorry la kalau gambar x cantik sebab kamera saya mahai sangat hehe. ha ni la yang dikatakan dikelilingi dengan bunga matahari. cantikkan? hehe. sebenarnya lagi cantik kalau hampa mai sini sendiri dan bersua foto sendiri. mesti lagi cantik kan? btw luas taman bunga matahari ni agak luas dan x perlu sangat nak berebut tempat dengan orang lain. cukup-cukup la dengan bilangan pelawat yang mai situ. so mai la nah









sebagai kesimpulannya, kami berempat berharap agar hampa dapat sampai sini la dan berkongsikan pengalaman hampa dengan kami hehe. sirius best datang sini, harga pon murah-murah ja. x silap harga nak masuk dalam ni dewasa RM6 manakala kanak2 RM3 jer. bebaloi bak hiang. Kongsikan pengalaman anda dengan kami warga internet hehe

 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page