Gua Kelam
- Tengku Aiman
- Apr 16, 2020
- 2 min read

hai semua, haa kali ni kita p Gua Kelam pulak nah. Kalau hampa mai Perlis tapi x mai sini umpama melakukan perkara yang sia-sia. Gua Kelam ialah salah satu tarikan utama yang ada di Perlis. Pertama sekali, Gua Kelam ialah salah satu gua yang tertua di Malaysia. Gua Kelam kalau hampa pi memang seronok. Tau dak kenapa? Sebab dalam ni hampa dapat tengok pelbagai stalamik dan stalatik (batu kapur). Sirius cantik dalam ni. Kementerian pelancongan Negeri Perlis telah membuat penambahbaikan terhadap Gua Kelam ini. Antaranya, mereka sudah menambahkan lampu yang agak malap untuk mengekalkan nama gua ni. kan nama gua ni Gua Kelam? so depa nak kekalkanlah kelam tu sejajar dengan nama gua ini. kalau hampa masuk sini jugak, hampa akan tengok sebuah batu kapur yang terlihat seperti sebuah mangkuk besar. sirius cantik. saya dan ahli kumpulan saya pon terkejut apabila melihat batu kapur itu.

haa inilah yang saya kata tadi tu. nampak x aluna-alunan tu? tu terjadi kerana aliran air yang terdapat di gua tersebut suatu ketika dahulu. sekarang air tu tidak ada dah. jadi dia tinggalkan kesannya. dalam gambar maybe nampak macam biasa sahaja, cuba hampa p tengok sendiri hehe.

haa yang ni pulak ialah depa panggil mineral klasik. kalau hampa tengok depan-depan, hampa akan nampak merelit-merelit (bercahaya). cantik weii x tipu. ni pun terjadi akibat daripada aliran air didalam gua ini. kami pon x tau macam mana boleh dia berkumpul dekat situ heheh. tapi ada banyak lagi mineral klasik ni dalam gua ni. gambar ini sebagai contoh sahaja. kalau nak tengok lebih, p sendiri nah hehe.

haaa nindia perkara baharu yang ada di Gua Kelam. Kementerian Pelancongan Negeri Perlis telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah Galeri Gua Kelam. harga nak masuk x silap dewasa cuma 2 ringgit manakala kanak-kanak cuma 1 sahaja. nak tengok dalam ni ada apa? meh tengok gambar seterusnya. jangan skip tau, baca sampai habih supaya pengalaman saya dapat dikongsikan bersama hampa semua. jom kita tengok.

haaa inilah salah satu lukisan 3D yang depa buat. dah nampak macam lukisan dekat Penang kan? hehe. lukisan ini umpama hampa macam berdiri depan sebuah lubang yang mempunyai air yang dalam. sorrylah kalau gambar ni x menarik tapi apa kata hampa p sana dan cuba kongsikan dengan saya kreativiti hampa dalam mengambil gambar dengan lukisan 3D. banyak lagi lukisan dia meh kita teruskan lagi dengan gambar seterusnya.
.
.
.
.
.
.

inilah gambar seterusnya. berikut kawan saya sedang duduk disebelah monyet purba (maybe hahaha). nama macam real kan? kawan saya la suruh saya ambik gambar dia dengan monyet ni. maybe dia ingat tu kawan dia kot hahaha. seronok bila masuk dalam ni macan-macam leh jumpa.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
so sebagai kesimpulan, hampa mai la sini merasai pengalaman apabila sampai di Gua Kelam. ni gambar ni menunjukkan kami sudah sampai ke punghujung Gua Kelam. so sebagai harapan, kami harap hampa sampai la ke Gua Kelam ni haa. jngn lupa share tau bila dah sampai sini hehe. Ok selamat Bercuti di Perlis. Perlis ialah negeri Indera Kayangan bukan Indra k tu kesilapan teknikal hahaha.



Comments