Muzium Kota Kayang
- Tengku Aiman
- Apr 15, 2020
- 3 min read

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana berminat untuk mencari maklumat tentang Muzium Kota Kayang. Seperti mana kamu semua tahu, Muzium Kota Kayang terletak di negeri Perlis. Muzium ini terkenal dengan sejarahnya tersendiri iaitu sejarah berkenaan Raja Al-mahrum Kayang dan sejarah negeri Perlis. Muzium ini mempunyai banyak pameran barang-barangan antik, makam Raja Al-mahrum Kayang dan keluarganya dan pameran berkenaan raja-raja yang pernah memerintah negeri Perlis. sebagai contoh raja tersebut ialah Raja Syed Alwi, Raja Syed Saffi dan sebagainya. Terdapat 3 Galeri yang ada di muzium ini iaitu Galeri Am (Galeri Kebudayaan), Galeri Arkeologi dan Galeri Kedah/Perlis (Galeri Diraja). Masing-masing galeri ini mempamerkan perkara yang berbeza-beza.

Apabila anda tiba sahaja disana, pertama sekali pasti anda akan masuk di sini terlebih dahulu sebelum pergi ke galeri seterusnya. Di dalam galeri ini, anda akan melihat peta negeri Perlis pada zaman dahulu. dalam ini juga anda akan melihat baju perisa Raja Al-mahrum yang dahulunya beliau pakai sewaktu zaman negeri Perlis dijajah oleh British. sebenarnya jika anda masuk dalam galeri ini, anda akan melihat pelbagai lagi perkara-perkara menarik cuma saya x ingat sebab banyak sangat... hehe sorry guys.

Ok seterusnya kita akan masuk kedalam Galeri Kedah Perlis (Galeri Kedah/Perlis). untuk makluman semua, galeri ni kita x boleh tangkap gambar langsung dalamnya sebab Muzium Kota Kayang ingin menjaga maklumat sulit tentang raja-raja perlis daripada musuh. dalam galeri ni x silap depa mempamerkan segala salasilah tentang raja-raja perlis. seperti sejarah bagaiman Raja Syed Alwi memerintah negeri Perlis suatu ketika dahulu. Raja Syed Hussain Jamalullail ialah pertama di negeri Perlis. beliau memerintah setelah negeri perlis menjadi negeri yang berdaulat. sebelum ini negeri perlis ialah kawasan kerajaan negeri kedah namun pada ketika itu kerajaan Siam telah menjadikan negeri perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat. pada ketika itu kerajaan Siam tersangatlah kuat dan berpengaruh yang tinggi.

Selain itu, ini lah galeri seterusnya iaitu galeri am (galeri kebudayaan). dalam ni hampa akan melihat seluruh budaya yang ada sebelum wujudnya Raja Al-Mahrum Kayang dan selepas wafatnya Raja Al-mahrum Kayang. dalam galeri ini amat menarik. bagi saya yang paling menarik ialah ada sebuah alatan antik yang dipamerkan dan fungsinya membuat aiskrim pada zaman dahulu cuma saya x ingat nama alat tu.. maaf hehe.. selepas itu, ada juga alat yang digunakan untuk membajak padi. ala yang depa guna kerbau sebagai pengganti mesin kobokta (yang paham, paham ja la hahaha). banyak lagi perkara yang menarik dalam ni, so hampa kena mai la baqu tau apa yang best di Muzium Kota Kayang ni.

haa cuba hampa teka kami kat mana? hehe ni lah gua semula jadi yang ada disekitar Muzium Kota Kayang. dah macam mini gua kelam dah kalau masuk dalam ni. hahaha. nampak kan stalamik tu? ala yang batu kapur ada garis-garis tu. mengikut maklumat, kalau nak bentuk macam tu memakan masa yang sangat panjang. bayangkan 1 cm pon mengambil masa 3-4 tahun untuk jadi bentuk macam tu. ia terbentuk daripada titisan air yang mengalir dikawasan tu. so hampa bayang ja la beqapa lama nak dapatkan bentuk macam tu. seronok datang sini, nanti kalau ada masa lapang, mai la sini, boleh belajar sambil beradventure hahaha.
sebagai kesimpulan, sewaktu kami pergi ke situ, kami dapat belajar macam-macam berkenaan Raja Al-mahrum Kayang dan sejarah berkenaan negeri Perlis. kami harap sapa yang baca ni boleh melancong ke Muzium Kota Kayang sebab rugi kalau mai perlis tapi x mai sini. so enjoy your trip, share your experian to your beloved people.. byee!



Comments